Tuesday, February 23, 2010

Al-Fatih ke klinik


hari ni ke klinik...sbbnya Al-fatih selsema batuk...dah 4 hari dah,tp den buat rwtn tradisional je..bubuh kunyit+kapur atas batang hiidung dia, bg alpha lipid,bg madu n sedut hingus dia guna penyedut...
.


tp nampak gaya dia mcm susah nak telan,takut ada kahak...maka ributla abi n mummy dia bw ke klinik..sian abi dia..dahla keje...

g klinik,jumpa dr mmg pakar kanak2 la kan...dia cek semua...pastu den crita la apa rwtn yg dan dibuat...nak tau reaksi dia...apa tu..mengarut semua tu....ai...aku pun nak menang gak..

aku bgtau la..ni org tua yg pesan..kunyit+ kapur tu sb dia panas..so hingus akan kuar atau kering...(setakat ni xda nmpak kesan dia)..

madu lak (dlm tenet kata) leh serap kahak....'dr kata "madu bahaya tuk bayi 0-12 bulan,sb ada 1 jenis bakteria ke apa ntah..yg bleh buat jd lumpuh"-no komen la...ni kata Dr yg mengaji kan...

Alpha lipid lak- " apa la awk ni..bahaya bg susu selain dr susu utk budak, ia boleh buat luka perut"....yg ni den percaya sb perut bayi kan br nak develop sikit2..tp aku bukan memandai la..baca tenet da...

last2..aku tanya..dr bg ubat apa ni..."baby awk still ok lg...xpyh ubat sb tktubat ni lebih kuat dr sakit dia...jd bahaya......

aku pun kuar..brapa bayaran? just for consultation RM 15..kwang5x....

Thursday, February 11, 2010

UNDER CONSTRUCTION...HUHUHU

... dan inilah hasilnya bila tukar template baru....mcm x ok jer..redha je la..dah penat nak tukar2....hhehe

Friday, February 5, 2010

Muhammad Al-Fatih

Fatih tido lagi...nothing to do..tv pun dicontrol oleh the mother..huhuh...no one to speak to...

xpela,nak crita pasal Fatih....Muhammad Al-FAtih...nape ek pilih nama ni..ntahla..lama dah dlm otak ni nak bg nama ni..tertarik..w'pun ianya hanyalah nama gelaran bukan nama sbnr bg seorang sultan yg hebat yg telah membuka kota constantinople @ istanbul...tp ia menepati jg sempena anak sulong...dilahirkan bulan muharram..dan cucu sulong dlm famili...

memula jd ibu ni..aiseh...tertekan jgk..yelah,memula,sakit perut(sarat).kembung..perut bunyi2 kuat....selsema...n skang ni xbuang air besar selama 2 hari...adoi....aritu skali ada g klinik...dr ckap itu perkara biasa...bla3x...manala nak biasa kan..ni 1st time dapat baby....x g klinik tkt jd benda lain..alih2...balik je..semua ok...skang ni..if pape yg berlaku pd fatih..cepat2 sms Dr Siti...(dr yg sambut fatih aritu)....so,legala sket.xpyh susah2 nak g klinik...

baby ni kbykn xtido mlm...nak hisap susu katakan....memula tu alamak..xtahan jgk sb penat..nak kena duduk bg susu..bukan sekejap je mula2 tu sb air susu badan xbyk kan..jd ia mengambil masa lama utk baby kenyang..dkt 2 jam jgkla menyusu..termasukla baby tu tertido ke.....bila letak menangis pulak...mmg x kenyang lg la..sbbnya baby tertido...huhu,cabaran2.....lelama dah okla...

1 lg.....den asyik terpikir je...pasni xleh nak sng2 kuar,g shop,g holiday...sb dah ada baby kan...erm..cmn ni ye...patutla kwn2 yg dah ada anak...handset diaog pun kdg2 xtau kat mana2....nak g shop kena cepat2lak tu....hohoho

lg 1...nanti den g keje kat chiku nu....nak kena tglbaby kat mak mertua...sb dok kat chiku tu kongsi bilik..kat asrama..bising..xsesuai...huuhh..sanggup ke aku nak tinggal?if dok skali ngan husband xpe jgk..ni sesorang..alahai...

ok..cau

...bosan...

alhamdulillah....arini dah hari 29 berpantang..puas dok menghitung hari bila nak lepas 40 neh....tekak ku meronta2 minta makanan best2 ni...nafsu2,nak kuar jalan2..shopping...bosan!!!yelah,masa tgh pregnant xkuar sgt sbb xlarat......huhuhu..tp orang tua kata, pantang kena 60 hari...100 hari..alahai....sabarla wahai hati..

erm kawan2 bloggers...terutama tpah..awat mcm xupdate je blog..ngeh3x..sbnrnya suka sgt baca blog kwn2 w'pun luahan perasaan...best sbnrnya..yelah,benda2 simple ni la kita nak share kan...

apa lg nak tulis...sbnrnya ni dok bimbang gak nanti nak pi mengajar ni..yelah,cikgu baru setahun mengajar...dah cuti lama ni mcm x biasa la pulak nak g ngajo 7.3 ni....sbnrnya plan nak buat ABM (power point je) utk students biology..tp xbuat2..last2 minta tlg adik2 usrah kat skolah lama buatkan....sementelah diaorg tgh tgu result ni kan...

satu lg yg frust sgt...template blog ni xdapat2 lg nak tukar...ramai kwn2 yg ajar...tp sbnrnya xtahu mcmn nak save template yg di download...winRAR file apa ntah...sbnrnya dah blajo..tp mcm yg TPAH cakap..org bersalin ni byk sgt urat putus..jd dah x ingat mcmn nak buat...hohoho~bosan~

Friday, January 29, 2010

Rupa2 nya...................

la...ingat den sorang je yg x update blog..rupa2nya kawan2 laen pun jarang update yer...almaklumlah sibuk n skang ni dah de facebook kan...

xpela..blog to me is a space to save memory in life,to expess our feelings and of course to share with friends...

now i want to share about the experience as a new mother...from the financial part..that we have to take note :


1- pay for mengurut, bertungku (nowadays rm 30/day- at least 10 days)
2- feast for the baby (aqiqah)
3-baby stuffs (especially pampers and formulated milk)
4-medication for mother in pantang(product for or body)


so,be prepared ok

Wednesday, January 13, 2010

kelahiran yg dinanti......

HAYYA...sejak ada facebook ni...jd malas nak tulis blog..tp xpe...yelah,nak share n isi masa lapang tulis sementara si kecil xmeragam ni..yelah,semakin hari semakin comel perangai..xsabo2 nak susu...semua nak cepat je...


di waktu ini..hari ini..adalah hari ke-21 sudah si kecil mengenal dunia..dan aku telah menempuh 1 pengalaman yang aammat berharga....yg hanya seorang wanita yg akan menempuhinya..dan semoga Allah menerima segala ibadah kita..ssghnya..menjadi wanita sgt senang masuk syurga dan senang juga nak masuk neraka....kerana peluang nya sama luas...cuma iabergantung kpd kita nak pilih yg mana...

Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.


Dipetik http://nursyirah.wordpress.com

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Teks Arab :
المرأة في حملها إلى وضعها إلى فصالها كالمرابط في سبيل الله
Ulasan:
- Direkod oleh Thabarani (sebagaimana disebut dalam Majmak Zawaid 4/560), dan juga oleh Abu Nuaim dalam Hilyah 4/298.
- Terdapat perawi yang didhoifkan, dan yang tidak dikenali (Majmak Zawaid 4/560)

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Teks Arab:
No (18) dan (19) adalah gabungan satu hadis, matannya ialah:
فإذا وضعت لم يخرج من لبنها جرعة ولم يمص من ثديها مصة إلا كان لها بكل جرعة وبكل مصة حسنة ، فان أسهرها ليلة كان لها مثل أجر سبعين رقبة تعتقهم في سبيل الله سلامة
Ulasan:
- Direkod oleh Abu Nuaim dalam Makrifah al-Sahabah, Thabarani dalam Mukjam Ausath.
- Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam Maudhuuat 2/274, Suyuti dalam al-Laali 2/148, dan oleh Albani dalam Silisilah Dhaifah 5/76.


http://soaljawab.wordpress.com/2008/02/18/hadith-19-kelebihan-wanita-betulke-hadith/
..


alhamdulillah..pada 8 Januari 2010 bersamaan 22 Muharram 1431H..jam 1030 pg,,telah lahir Muhammad Al-Fatih Bin Muhd Redwan...seberat 3.17kg,50cm pjg..TQ Allah!!

Friday, December 25, 2009

panduan membeli set bersalin

SBlm ni mmg dah survey nak beli set bersalin..tp mahal dan xtau yg mana nak pakai....

alhamdulillah..naseb baik syazni punya kakak ipar....kak ya ada bg panduan...tq sgt2...

saper2 nak kongsi....blehla....sbnrnya kita xperlu beli satu set pun...memayahkan je...kena rebusla..kacaula....ini yg mudah punya bg kita yg mmg nak mudah kan...tp berkesan insyaAllah

1- Produk leesa formula
~Bengkung n gel~

1- Bengkung


Price : MYR :49.00

Quantity :







Description :

Bengkung ikat untuk membentuk dan meramping kembali badan yang sangat praktikal, cukup labuh tanpa masalah menaik atau berkumpul di perut.

Cara Penggunaan:
Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah dada.

2-GEL


Price : MYR 55.00

Quantity :







Description :

Gel yang dirumus dari ektstrak barli, ivy, butcherbroom, mushroom, sweet clover, lady’s thistle dan lemon mampu membantu mengurangi lemak dan selulit serta bertindak menegang dan melembutkan kulit.
Sapukan di peha, perut dan pinggang.Tahan panas sehingga 12 jam.

Cara Penggunaan:
Sapukan ke kawasan perut, pinggul dan peha sebelum berbengkung atau selepas mandi pagi dan petang.

Kandungan: 100gm

maknanya....sblm pakai bengkung..bubuh gel ni je....mudah kan....bg kt yg nak mudah...n xda org nak care kat kita nak tumbuk kunyit ke apa ke...yg tradisional tu...


2- Produk Nona Roguy

~pil phytonatal n akar herbanika~

Nona Roguy pulak utk pil je...xpyh beli satu set..mahal RM 365..

1- pil PHYTONATAL....(RM 140)pyhla pulak nak masukkan gambr dia...

Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.

KHASIAT MENGAMALKANNYA :

Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
Mengimbangi kembali sistem badan.
Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan

CARA PENGGUNAAN
Diamalkan bermula hari ke 4-50
(Boleh diteruskan sehingga 100 hari jika mahu)

Kelawasan biasa
makan 2 - 3 biji 1 kali sehari

Terlalu lawas (Sensitif)
makan 1- 2 biji 1 kali sehari

Tidak lawas (Sembelit)
makan 3 - 5 biji 1 atau 2 kali sehari

pil ni ptg jgk..sb kita kan mana bleh makan buah2 sgt(ikut org dulu2la) kan...jd pil ni dpat bantu lawas..insyaAllah

2- akar herbanika (Rm 70)

Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

KHASIAT MENGAMALKANNYA :

Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan

CARA PENGGUNAAN
Diamalkan bermula hari ke 4-50
(Boleh diteruskan sehingga 100 hari jika mahu)

Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga. Minum suam panas 3 - 4 cawan sehari.Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
.Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.


okla....tq atas segala tunjuk ajar dan nasihat org2 sekeliling...insyaAllah,selamat dan berkesan

Thursday, December 24, 2009

kerja2 yg tertangguh

bermula sesi 2010...antara tugas-tugasku yg antara terpenting ialah :

1- sc teacher- form 1
2-biology teacher-form 4
3-biology teacher-form 5
4-ketua panitia biology....ngeh3
5-warden asrama

kerja-kerja tertangguh : still in process

-yearly planning for biology
-slide presentation -for biology

gerak kerja skang

1-yearly planning-esok siap
2-slide presentation - hire adik2 usrah kat maahad,yg tgh tgu result spm-due date-15 feb 2010


erm..ok x???....

Wednesday, December 23, 2009

walimah syazni...my twin..







assalamualaikum.....bosannya..lama xbuka blog....yelah,dah xda mood nak buka ka...xtau pasni still ada masa x nak ttulis blog....


still fikiran x berapa clear lg..yelah,tgh tgu kelahiran...mana nak buka skol lg....alahai..xlaratnya nak g skol...xpe2...just let it be la......ok..ni ada sedikit gmbr utk hiburan....hehe







ok...itu aje..punyala lama nak upload....almaklumlah.hujan2 ni



Friday, November 13, 2009

kehilangan yang dirasai...

Innalillahiwainnailaihirajiunn....al fatihah buat sahabat seperjuNGAN....nurul zalikah md zan....yang tlh kembali ke rahmatullah hari ini.....13 nov 2009....ketika kedua-dua ibu bapanya berada di mekah

sejak habis blajar...mmg lama x jumpa..just chatting kot YM ja...beliau meninggal kerana menghidap kanser tifoid...

teringat masa sama2 dalam PMIUM,..sama2 balik lewat...sama2 naik motor...bawa keta malam2....dari program...

YA Allah....matikan kami dalam menegakkan agamamu...amin

Monday, October 26, 2009

alllo....news update

ai...blog ni selalu buka tapi nak tulis post baru malas.....

herm..nak cerita apa ek...okla......skang ni...kandungan ku dah masuk mgu 30 ..kot....punyala malas nak minum susu...ari khamis aritu den ajak hubby g shopping..nak beli cheese...nak ganti susu la konon...so,g la beli cheese brand kraft....

esok pg tu...masa nak makan...mcmn Allah bg ilham nak cek ingredients dia...sb ni kan produk yg ada fats n milk.....so..cekla kod E kat blakang tu...dgn kod dlm sms ...terkezut den....mmg ada kod E yng dikhuatiri ada lemak babi....nasib baik!!!....

pastu byk jgkla den beli biskut2....yang berlemak coklat brand munchys....pun ada jgk....hangus gitu je biskut..uwaaa.....so MORALnya kat sini....cekla btol2

tpi....xsure jgkkan...kod yg dihantar melalui sms ni leh caya ke x.....erm....xsure la kan....

tapi,if kita rasa was2 tu..elakkan la benda2 shubhah ni.....

lg apa ek...xda dah...dah sakit belakang/pinggang ni....daaaa~

Wednesday, September 23, 2009

handset hilang....

assalamualikum..it so long not to write here.....now we are still in RAya holiday...alhamdulillah.....
but .....something happened to me...i lost my new expensive looked handset sony erricson...uwa.....dalam semalaman jgk rs sedih...tapi...sedih pun x berguna gak......cuma apa yg i buat....htr msg kat handset tu....(wahai si pengambil handset.....ssghnya Allah Maha melihat.....mssghnya MATI itu sesatu yang PASTI....tungulah azab Allah!!).....huhuh..kalau si pengambil tu baca la kan.....

i thought mmg handset i ilangla...bukan misplaced...hilang masa jamuan raya kat rmh sendiri...huhuuh

Thursday, September 17, 2009

TUGASAN RASMI DI SMK CHIKU 2

BIODATA DIRI

NAMA : NUR 'IZZATI CHE KHALID
SUBJEK YANG DIAJAR : SAINS TING 1 AMANAH DAN 1 CEKAL,
SAINS TING 4 DEDIKASI DAN 4 JUJUR
BIOLOGI TING 4 BESTARI

SENARAI TUGAS

1- GURU TINGKATAN 4 BESTARI
2- SETIAUSAHA KURIKULUM
3- WARDEN ASRAMA

Wednesday, July 8, 2009

saje menjenguk

assalamualaikum....

lamanya x menulis di sini...perasaan ku x berapa nak stabil lagi...

mohon doa kwn2 semua.....:)

Thursday, May 21, 2009

FeEL GUilTY..

ADOI....Ari ni dah masuk 3 hari aku MC..tetiba rasa bersalah....sejak aku amik keputusan nak MC aritu lg, aku rasa serba salah...

selasa mmg aku betul2 sakit....aku dah g klinik chiku 3...8 KM dr sekolah....drive sambil hidu minyak cap KAPAK...ntah..keta aku tu bau semacam...

then...aku pun jumpa DR nak amik ubat batuk sebab aku pregnant,so xleh amik ubat sebarangan..biasanya jumpa HA je...at the same time aku pun amik ubat-ubatan utk budak2 asli kat asrama,ubat utk sakit scabis n ubat kutu...then aku pun balik asrama...

tetiba umi aku tepon..dia tanya khabar cmn....dia suruh aku tepon DR kat klinik AN-NURkat KB ttg ubat yg aku amik kat Chiku 3 tu..aku pun teponla....DR tu bgtau,suruh dtg klinik dia,ada ubat akar kayu katanya..(hehe..biasala berniaga kan)...ish3...xbaik bersangka buruk...so,aku pun x makan la ubat yg baru aku amik td...

pastu, aku dok pk mcmn nak balik...skolah ada 2 hari lg...so,aku tepon mimi kat skol..mtk dia isi borang cuti utk aku...pastu kerani bgtau bahawa sape2 nak cuti kena jumpa Pengetua sendiri sebab skang ni kat skolah aku tu..ramai cikgu nak cuti cuti mcm tu je....pastu kerani tu bgtau...suruh sambung MC...aku ikut jela....sb mmg aku kena rawat batuk aku ni...sebab dah rasa sakit kat perut..takut ada pape yg x OK...(aku lebih hati2 skang)....

then,semalam aku dah pi klinik...dah scan..alhamdulillah semua selamat...

arini...khamis...aku rasa mcm bersalah xpi skolah...yelah..2 jam perjalanan...rasa serba salah sgt...kalau skolah tu kat kb ni mmg aku dah pi....YA ALLAH...ampunkan aku....P&P mmg dah xda...sebab skang tgh exam.....cuma terpaksa menyusahkan my officemate nak kena release class aku...

SORRY FOR EVERYTHING!!

Tuesday, May 19, 2009

MoOd yang hilang

nak tls blog pun malas...xtaula apa mood yg aku hadapi sekarang...nak masuk kelas pun xberapa...nasib mgu ni dah start exam....aku semacam je rasaa...xtau rasa apa..huhuhu...mmg sakit sb rasa badan x sihat tp xtau kat mana xsihat....

WARDEN???....Kenapa aku semacam menyesal jd warden?....aku pun xtahu....sb kena selalu round2....tgk org g surau x..g prep x......g htr budak ke klinik....g surau ...tang kat surau lak...budak2 ni...mmg xtertahan aku nak layan...kena naik suaa baaru diam.....aku dahla xberapa sihat...tambah ngan batuk(sape yg tau aku batuk selama mana )....so...bila dah mare...batuk aku akan menjadi jadi......mgkin sb mood aku ni kot...serba xkena jadinya...

bab batuk ni..aku rasa ini adalah kifarah dosa ....erm...dah 2 botol ubat habis...skang dah xmakan....aku minum madu je....yelah,makan ubat xelok utk bayi ni....

arini aku MC....semalam rasa sakit dada yg amat sangat....ni tgh nak bersiap nak g klinik.tp tgu dada ni kurang berdebar dulu.....terpaksa la g sendiri..bab naik keta pulak...aku xbleh la nak bau kereta ni...GLADE dah aku campak buang...tp bau keta baru tu masih ada...sblm masuk tu...muntah kejap.....hubby dok jauh....isk,rasa nak balik je...uwa...

inilah suasana kerja ye kawan2 sekalian....lagi2 keje jauh ni..lagi2 keje jd cikgu ni...bukan senang nak mtk cuti...lagi2 bila mood yg mcm ni....apa la nak buat....ikut hati nak balik kota bharu......tapi mana bley cuti senang2....camana ni.....

Monday, May 11, 2009

New ExPerienCe

lama rasa tidak meluah di sini....skang ni den kat asrama...dok dalam bilik sesorang...mimi ngan kak ya g surau....den rasa mcm kepenatan sikit,dek batuk yang tidak kebah-kebah...Ya Allah,apalah dosa aku.....moga2 ia dapat melupuskan dosa2 ku..amin

mengingatkan kembali peristiwa minggu lepas, hari khamis, 7 mei 2009....aku menghadiri temuduga pelantikan guru.....pagi2 lagi, jam 7.30 pg aku sampai di pusat teknologi peng chepa...n i/m the third to be interviewed....

slps org kedua....aku pun melangkah masuk ke bilik temuduga....assalamualaikum....then aku terus berjalan ke pada penemuduga..

then,dgn muka terkejut, dia pandang ke arah ku..eh,awak xbagi salam ke?...aku pun jwb ngan terkejut jgk....maaf tuan haji..saya dah bagi slam....mungkin perlahan sebab saya kurang sihat...saya batuk....

dia pun ok....masa interview tu...aku asyik2 terbatuk je...menyebabkan masa utk aku kejap je berbanding kwn2 aku yg lain..15 min je......xda langsung soklan kabinet yang aku hafal berminggu-minggu ngan hubby,n umi.soalan yg dia tanya lastly..ok,ceritakan kpd saya ttg pemanasan global.....alhamdulillah..senang je tu...sbbnya aku br hbs ajar bdk2 form 1 sains.....ehhehe

nak dijadikan cerita..mmg aku sblm masuk bilik interview tu....aku batuk n nak muntah2....what's up??

otw back....ngan adik laki aku yg br sampai dr kl pg td....aku pun ajak dia g farmasi sb dlm hati aku nak beli pregnancy test!!...heheh.....pastu...pk balik...xpela din,xjd berenti kat farmasi..pastu,dlm keta tu aku gelisah je...rasa pening2 kepanasan sambil dok adjust aircond sampai adik aku ckp..."acu dok diam teh mc kak"........

then ,aku pk lg.....apa kes ngan aku ni..."xpela din,brenti kat farmasi pulak"...huhuhu

bukannya apa,aku br lewat 5 ari period...malas la nak cek lagi takut terperasan sendiri ke apa...takut hampa....

tapi, pagi esoknya, aku cek.....wah!! 2 line???????terkejut aku....terus aku bgtau hubby....alhamdulillah...

then selang sehari kemudian...aku ditemani umi pi ke klinik bersalin An-Nur......aku org pertama pesakit.....so aku bgtaula dr.....bla2.....so sy dtg ni nak conformkan....dia pun scan aku...dia bgtau ada ni...tp masih kecik...maybe 3 minggu....disebabkan aku pernah abortion....so dia bg aku ubat penguat rahim...."ubat ni mahal sket...rm 3.5o satu biji...awak kena makan sehari 2 biji...selama 3 bulan...."..aku pun okla

kat luar tu aku pun mengira2 brapa inggit utk ubat tu....wah!!...dekat rm 300!!.....aku bgtau umi...dia cakap..ala,nak sihat...so,aku pun ok.....iyer.sudah lama aku tunggu saat2 ini......terima kasih Allah...tq my hubby yang sokmo bg kata2 semangat.....

tapi..aku tetap risau akan kandungan ku ini.....yelah..kerjaya sbg guru ni kena byk berjalan....explain....melayan kerenah budak2.....n satu lg di tambah aku batuk sampai sakit perut.....Ya Allah,peliharalah kandungan ku ini...ameen...

oklah...dah azan isyak...stop cn dulu..

Friday, May 1, 2009

WARDEN aSRAMA ....

Fuh.....as a warden....what should we do??

last week, my friend(officemate) Mimi and i had signed an agreement as warden....kwang3....so..what should we do??

normally, both of us will sleep at night very2 earlier..just after praying Isyak....terus tangkap lentok!!!....very2 tired coz everyday we go back at 5 o'clock in the evening...why?...coz our rented house was very HOT during afterboon( wooden house ma.....)...so if we have no tuition classes, we will just stay back at school....


so..next week..our schedule will totally change!!!.....no early sleeping anymore BUT maybe we can go back during afternoon to have a short sleep?..^-^ just.. dreaming....huhuh..we also have ASLI students to take care of!!....uwa....

Monday, April 27, 2009

Allahuakbar

Tatkala mendengar kak su (salah seorang cikgu di sekolah) mengalami keguguran....subhanaLLah...betapa sedihnya kak SU......betapa aku ingat lagi dia sangat gembira apabila tau dia pregnant....yelah,kitaorg selalu je bcg pasal ni kan....cuma aku belum ada rezeki lagi

kat skol aku skang..ada 2 org baru pregnant..apalagi,aku ni seringla ditanya..izzati bila lagi??..


sekali dua tanya xpe..tapi,kalau dah ramai2..naik sedih jgkla aku ni...siap menangis scr xsedar....sambil-sambil sms hubby.....

what he said make my heart relief..
apa ek abe bgtau...dia bgtau.....kena sabar...nak dapat anak ni bukan kerja kita..keje kita berusaha, tawakal..dapat xdapat bukan kita yg tentukan...tapi, Allah.....kalau kita x sabar n redha..maknanya kita x yakin kepada NYA..


so....jgn sedih over sangat....anak ni adalah anugerah paling berharga...bukan senang nak dapat mcm beli baby doll kat kedai....yg penting berusaha,tawakal..dan doa..


ok....cau

Sunday, April 12, 2009

TINGKATKAN PRESTASI...KURANGKAN KONTROVESI...

lama rasa x update blog...tapi tgk kwn2 lain pun nampaknya jarang jugak update....kwang3....

almaklumlah...kita sentiasa dihambat dengan urusan dunia yang tidak habis-habis...

nak share apa ye....erm...aku baru rasa..rupa-rupanya aku dah keje..huhu...dah di alam pekerjaan...mempunyai tanggungjawab dan sebagainya....

tapi,alhamdulillah..aku x rasa kekok sangatla kan..sebab dah biasa sibuk..yelah..dulu kat U, kat skol dan pengalaman2 berpesatuan mengajar segalanya....sehinggalah urusan urgent pun dah biasa sangat

semoga kita teruskan hidup kita dengan aman dan damai.....jgn lupa, aku ingatkan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan untuk tidak lupa juga menjaga ibadah kita,sentiasa baiki diri dengan Allah....

ok???
TINGKATKAN PRESTASI...KURANGKAN KONTROVESI....