Here's a blog for teachers to share experience, stories being a teacher, as a way to release your feelings , tension or whatever... other than that we can share everything....recipes,motivation and so on.... ShaRinG IS CARING :)
Friday, January 29, 2010
Rupa2 nya...................
xpela..blog to me is a space to save memory in life,to expess our feelings and of course to share with friends...
now i want to share about the experience as a new mother...from the financial part..that we have to take note :
1- pay for mengurut, bertungku (nowadays rm 30/day- at least 10 days)
2- feast for the baby (aqiqah)
3-baby stuffs (especially pampers and formulated milk)
4-medication for mother in pantang(product for or body)
so,be prepared ok
Wednesday, January 13, 2010
kelahiran yg dinanti......
di waktu ini..hari ini..adalah hari ke-21 sudah si kecil mengenal dunia..dan aku telah menempuh 1 pengalaman yang aammat berharga....yg hanya seorang wanita yg akan menempuhinya..dan semoga Allah menerima segala ibadah kita..ssghnya..menjadi wanita sgt senang masuk syurga dan senang juga nak masuk neraka....kerana peluang nya sama luas...cuma iabergantung kpd kita nak pilih yg mana...
Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Teks Arab :
المرأة في حملها إلى وضعها إلى فصالها كالمرابط في سبيل الله
Ulasan:
- Direkod oleh Thabarani (sebagaimana disebut dalam Majmak Zawaid 4/560), dan juga oleh Abu Nuaim dalam Hilyah 4/298.
- Terdapat perawi yang didhoifkan, dan yang tidak dikenali (Majmak Zawaid 4/560)
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Teks Arab:
No (18) dan (19) adalah gabungan satu hadis, matannya ialah:
فإذا وضعت لم يخرج من لبنها جرعة ولم يمص من ثديها مصة إلا كان لها بكل جرعة وبكل مصة حسنة ، فان أسهرها ليلة كان لها مثل أجر سبعين رقبة تعتقهم في سبيل الله سلامة
Ulasan:
- Direkod oleh Abu Nuaim dalam Makrifah al-Sahabah, Thabarani dalam Mukjam Ausath.
- Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam Maudhuuat 2/274, Suyuti dalam al-Laali 2/148, dan oleh Albani dalam Silisilah Dhaifah 5/76.
..
alhamdulillah..pada 8 Januari 2010 bersamaan 22 Muharram 1431H..jam 1030 pg,,telah lahir Muhammad Al-Fatih Bin Muhd Redwan...seberat 3.17kg,50cm pjg..TQ Allah!!
Friday, December 25, 2009
panduan membeli set bersalin
alhamdulillah..naseb baik syazni punya kakak ipar....kak ya ada bg panduan...tq sgt2...
saper2 nak kongsi....blehla....sbnrnya kita xperlu beli satu set pun...memayahkan je...kena rebusla..kacaula....ini yg mudah punya bg kita yg mmg nak mudah kan...tp berkesan insyaAllah
1- Produk leesa formula
~Bengkung n gel~
1- Bengkung
| Description | : |
| Bengkung ikat untuk membentuk dan meramping kembali badan yang sangat praktikal, cukup labuh tanpa masalah menaik atau berkumpul di perut. Cara Penggunaan: Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah dada. | |
2-GEL
| Description | : |
| Gel yang dirumus dari ektstrak barli, ivy, butcherbroom, mushroom, sweet clover, lady’s thistle dan lemon mampu membantu mengurangi lemak dan selulit serta bertindak menegang dan melembutkan kulit. Sapukan di peha, perut dan pinggang.Tahan panas sehingga 12 jam. Cara Penggunaan: Sapukan ke kawasan perut, pinggul dan peha sebelum berbengkung atau selepas mandi pagi dan petang. Kandungan: 100gm | |
2- Produk Nona Roguy
~pil phytonatal n akar herbanika~
Nona Roguy pulak utk pil je...xpyh beli satu set..mahal RM 365..
1- pil PHYTONATAL....(RM 140)pyhla pulak nak masukkan gambr dia...
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
KHASIAT MENGAMALKANNYA :
| Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan | |
| Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin | |
| Mengimbangi kembali sistem badan. | |
| Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan |
CARA PENGGUNAAN
Diamalkan bermula hari ke 4-50
(Boleh diteruskan sehingga 100 hari jika mahu)
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.Kelawasan biasa
makan 2 - 3 biji 1 kali sehari
Terlalu lawas (Sensitif)
makan 1- 2 biji 1 kali sehari
Tidak lawas (Sembelit)
makan 3 - 5 biji 1 atau 2 kali sehari
pil ni ptg jgk..sb kita kan mana bleh makan buah2 sgt(ikut org dulu2la) kan...jd pil ni dpat bantu lawas..insyaAllah
2- akar herbanika (Rm 70)
KHASIAT MENGAMALKANNYA :
| Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan. | |
| Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat. | |
| Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan |
CARA PENGGUNAAN
Diamalkan bermula hari ke 4-50
(Boleh diteruskan sehingga 100 hari jika mahu)
| Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga. Minum suam panas 3 - 4 cawan sehari.Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah. | |
| Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam. | |
| .Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam. | |
| Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya. |

okla....tq atas segala tunjuk ajar dan nasihat org2 sekeliling...insyaAllah,selamat dan berkesan
Thursday, December 24, 2009
kerja2 yg tertangguh
1- sc teacher- form 1
2-biology teacher-form 4
3-biology teacher-form 5
4-ketua panitia biology....ngeh3
5-warden asrama
kerja-kerja tertangguh : still in process
-yearly planning for biology
-slide presentation -for biology
gerak kerja skang
1-yearly planning-esok siap
2-slide presentation - hire adik2 usrah kat maahad,yg tgh tgu result spm-due date-15 feb 2010
erm..ok x???....
Wednesday, December 23, 2009
walimah syazni...my twin..
ok...itu aje..punyala lama nak upload....almaklumlah.hujan2 ni
Friday, November 13, 2009
kehilangan yang dirasai...
sejak habis blajar...mmg lama x jumpa..just chatting kot YM ja...beliau meninggal kerana menghidap kanser tifoid...
teringat masa sama2 dalam PMIUM,..sama2 balik lewat...sama2 naik motor...bawa keta malam2....dari program...
YA Allah....matikan kami dalam menegakkan agamamu...amin
Monday, October 26, 2009
alllo....news update
herm..nak cerita apa ek...okla......skang ni...kandungan ku dah masuk mgu 30 ..kot....punyala malas nak minum susu...ari khamis aritu den ajak hubby g shopping..nak beli cheese...nak ganti susu la konon...so,g la beli cheese brand kraft....
esok pg tu...masa nak makan...mcmn Allah bg ilham nak cek ingredients dia...sb ni kan produk yg ada fats n milk.....so..cekla kod E kat blakang tu...dgn kod dlm sms ...terkezut den....mmg ada kod E yng dikhuatiri ada lemak babi....nasib baik!!!....
pastu byk jgkla den beli biskut2....yang berlemak coklat brand munchys....pun ada jgk....hangus gitu je biskut..uwaaa.....so MORALnya kat sini....cekla btol2
tpi....xsure jgkkan...kod yg dihantar melalui sms ni leh caya ke x.....erm....xsure la kan....
tapi,if kita rasa was2 tu..elakkan la benda2 shubhah ni.....
lg apa ek...xda dah...dah sakit belakang/pinggang ni....daaaa~
Wednesday, September 23, 2009
handset hilang....
but .....something happened to me...i lost my new expensive looked handset sony erricson...uwa.....dalam semalaman jgk rs sedih...tapi...sedih pun x berguna gak......cuma apa yg i buat....htr msg kat handset tu....(wahai si pengambil handset.....ssghnya Allah Maha melihat.....mssghnya MATI itu sesatu yang PASTI....tungulah azab Allah!!).....huhuh..kalau si pengambil tu baca la kan.....
i thought mmg handset i ilangla...bukan misplaced...hilang masa jamuan raya kat rmh sendiri...huhuuh
Thursday, September 17, 2009
TUGASAN RASMI DI SMK CHIKU 2
NAMA : NUR 'IZZATI CHE KHALID
SUBJEK YANG DIAJAR : SAINS TING 1 AMANAH DAN 1 CEKAL,
SAINS TING 4 DEDIKASI DAN 4 JUJUR
BIOLOGI TING 4 BESTARI
SENARAI TUGAS
1- GURU TINGKATAN 4 BESTARI
2- SETIAUSAHA KURIKULUM
3- WARDEN ASRAMA
Wednesday, July 8, 2009
saje menjenguk
lamanya x menulis di sini...perasaan ku x berapa nak stabil lagi...
mohon doa kwn2 semua.....:)
Thursday, May 21, 2009
FeEL GUilTY..
selasa mmg aku betul2 sakit....aku dah g klinik chiku 3...8 KM dr sekolah....drive sambil hidu minyak cap KAPAK...ntah..keta aku tu bau semacam...
then...aku pun jumpa DR nak amik ubat batuk sebab aku pregnant,so xleh amik ubat sebarangan..biasanya jumpa HA je...at the same time aku pun amik ubat-ubatan utk budak2 asli kat asrama,ubat utk sakit scabis n ubat kutu...then aku pun balik asrama...
tetiba umi aku tepon..dia tanya khabar cmn....dia suruh aku tepon DR kat klinik AN-NURkat KB ttg ubat yg aku amik kat Chiku 3 tu..aku pun teponla....DR tu bgtau,suruh dtg klinik dia,ada ubat akar kayu katanya..(hehe..biasala berniaga kan)...ish3...xbaik bersangka buruk...so,aku pun x makan la ubat yg baru aku amik td...
pastu, aku dok pk mcmn nak balik...skolah ada 2 hari lg...so,aku tepon mimi kat skol..mtk dia isi borang cuti utk aku...pastu kerani bgtau bahawa sape2 nak cuti kena jumpa Pengetua sendiri sebab skang ni kat skolah aku tu..ramai cikgu nak cuti cuti mcm tu je....pastu kerani tu bgtau...suruh sambung MC...aku ikut jela....sb mmg aku kena rawat batuk aku ni...sebab dah rasa sakit kat perut..takut ada pape yg x OK...(aku lebih hati2 skang)....
then,semalam aku dah pi klinik...dah scan..alhamdulillah semua selamat...
arini...khamis...aku rasa mcm bersalah xpi skolah...yelah..2 jam perjalanan...rasa serba salah sgt...kalau skolah tu kat kb ni mmg aku dah pi....YA ALLAH...ampunkan aku....P&P mmg dah xda...sebab skang tgh exam.....cuma terpaksa menyusahkan my officemate nak kena release class aku...
SORRY FOR EVERYTHING!!
Tuesday, May 19, 2009
MoOd yang hilang
WARDEN???....Kenapa aku semacam menyesal jd warden?....aku pun xtahu....sb kena selalu round2....tgk org g surau x..g prep x......g htr budak ke klinik....g surau ...tang kat surau lak...budak2 ni...mmg xtertahan aku nak layan...kena naik suaa baaru diam.....aku dahla xberapa sihat...tambah ngan batuk(sape yg tau aku batuk selama mana )....so...bila dah mare...batuk aku akan menjadi jadi......mgkin sb mood aku ni kot...serba xkena jadinya...
bab batuk ni..aku rasa ini adalah kifarah dosa ....erm...dah 2 botol ubat habis...skang dah xmakan....aku minum madu je....yelah,makan ubat xelok utk bayi ni....
arini aku MC....semalam rasa sakit dada yg amat sangat....ni tgh nak bersiap nak g klinik.tp tgu dada ni kurang berdebar dulu.....terpaksa la g sendiri..bab naik keta pulak...aku xbleh la nak bau kereta ni...GLADE dah aku campak buang...tp bau keta baru tu masih ada...sblm masuk tu...muntah kejap.....hubby dok jauh....isk,rasa nak balik je...uwa...
inilah suasana kerja ye kawan2 sekalian....lagi2 keje jauh ni..lagi2 keje jd cikgu ni...bukan senang nak mtk cuti...lagi2 bila mood yg mcm ni....apa la nak buat....ikut hati nak balik kota bharu......tapi mana bley cuti senang2....camana ni.....
Monday, May 11, 2009
New ExPerienCe
mengingatkan kembali peristiwa minggu lepas, hari khamis, 7 mei 2009....aku menghadiri temuduga pelantikan guru.....pagi2 lagi, jam 7.30 pg aku sampai di pusat teknologi peng chepa...n i/m the third to be interviewed....
slps org kedua....aku pun melangkah masuk ke bilik temuduga....assalamualaikum....then aku terus berjalan ke pada penemuduga..
then,dgn muka terkejut, dia pandang ke arah ku..eh,awak xbagi salam ke?...aku pun jwb ngan terkejut jgk....maaf tuan haji..saya dah bagi slam....mungkin perlahan sebab saya kurang sihat...saya batuk....
dia pun ok....masa interview tu...aku asyik2 terbatuk je...menyebabkan masa utk aku kejap je berbanding kwn2 aku yg lain..15 min je......xda langsung soklan kabinet yang aku hafal berminggu-minggu ngan hubby,n umi.soalan yg dia tanya lastly..ok,ceritakan kpd saya ttg pemanasan global.....alhamdulillah..senang je tu...sbbnya aku br hbs ajar bdk2 form 1 sains.....ehhehe
nak dijadikan cerita..mmg aku sblm masuk bilik interview tu....aku batuk n nak muntah2....what's up??
otw back....ngan adik laki aku yg br sampai dr kl pg td....aku pun ajak dia g farmasi sb dlm hati aku nak beli pregnancy test!!...heheh.....pastu...pk balik...xpela din,xjd berenti kat farmasi..pastu,dlm keta tu aku gelisah je...rasa pening2 kepanasan sambil dok adjust aircond sampai adik aku ckp..."acu dok diam teh mc kak"........
then ,aku pk lg.....apa kes ngan aku ni..."xpela din,brenti kat farmasi pulak"...huhuhu
bukannya apa,aku br lewat 5 ari period...malas la nak cek lagi takut terperasan sendiri ke apa...takut hampa....
tapi, pagi esoknya, aku cek.....wah!! 2 line???????terkejut aku....terus aku bgtau hubby....alhamdulillah...
then selang sehari kemudian...aku ditemani umi pi ke klinik bersalin An-Nur......aku org pertama pesakit.....so aku bgtaula dr.....bla2.....so sy dtg ni nak conformkan....dia pun scan aku...dia bgtau ada ni...tp masih kecik...maybe 3 minggu....disebabkan aku pernah abortion....so dia bg aku ubat penguat rahim...."ubat ni mahal sket...rm 3.5o satu biji...awak kena makan sehari 2 biji...selama 3 bulan...."..aku pun okla
kat luar tu aku pun mengira2 brapa inggit utk ubat tu....wah!!...dekat rm 300!!.....aku bgtau umi...dia cakap..ala,nak sihat...so,aku pun ok.....iyer.sudah lama aku tunggu saat2 ini......terima kasih Allah...tq my hubby yang sokmo bg kata2 semangat.....
tapi..aku tetap risau akan kandungan ku ini.....yelah..kerjaya sbg guru ni kena byk berjalan....explain....melayan kerenah budak2.....n satu lg di tambah aku batuk sampai sakit perut.....Ya Allah,peliharalah kandungan ku ini...ameen...
oklah...dah azan isyak...stop cn dulu..
Friday, May 1, 2009
WARDEN aSRAMA ....
last week, my friend(officemate) Mimi and i had signed an agreement as warden....kwang3....so..what should we do??
normally, both of us will sleep at night very2 earlier..just after praying Isyak....terus tangkap lentok!!!....very2 tired coz everyday we go back at 5 o'clock in the evening...why?...coz our rented house was very HOT during afterboon( wooden house ma.....)...so if we have no tuition classes, we will just stay back at school....
so..next week..our schedule will totally change!!!.....no early sleeping anymore BUT maybe we can go back during afternoon to have a short sleep?..^-^ just.. dreaming....huhuh..we also have ASLI students to take care of!!....uwa....
Monday, April 27, 2009
Allahuakbar
kat skol aku skang..ada 2 org baru pregnant..apalagi,aku ni seringla ditanya..izzati bila lagi??..
sekali dua tanya xpe..tapi,kalau dah ramai2..naik sedih jgkla aku ni...siap menangis scr xsedar....sambil-sambil sms hubby.....
what he said make my heart relief..
apa ek abe bgtau...dia bgtau.....kena sabar...nak dapat anak ni bukan kerja kita..keje kita berusaha, tawakal..dapat xdapat bukan kita yg tentukan...tapi, Allah.....kalau kita x sabar n redha..maknanya kita x yakin kepada NYA..
so....jgn sedih over sangat....anak ni adalah anugerah paling berharga...bukan senang nak dapat mcm beli baby doll kat kedai....yg penting berusaha,tawakal..dan doa..
ok....cau
Sunday, April 12, 2009
TINGKATKAN PRESTASI...KURANGKAN KONTROVESI...
almaklumlah...kita sentiasa dihambat dengan urusan dunia yang tidak habis-habis...
nak share apa ye....erm...aku baru rasa..rupa-rupanya aku dah keje..huhu...dah di alam pekerjaan...mempunyai tanggungjawab dan sebagainya....
tapi,alhamdulillah..aku x rasa kekok sangatla kan..sebab dah biasa sibuk..yelah..dulu kat U, kat skol dan pengalaman2 berpesatuan mengajar segalanya....sehinggalah urusan urgent pun dah biasa sangat
semoga kita teruskan hidup kita dengan aman dan damai.....jgn lupa, aku ingatkan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan untuk tidak lupa juga menjaga ibadah kita,sentiasa baiki diri dengan Allah....
ok???
TINGKATKAN PRESTASI...KURANGKAN KONTROVESI....
Friday, March 27, 2009
keta baru or second hand? ^8^
sbnrnya aku baru sampai kat rumah parent aku....aku ceritala yg aku sering ditugaskan buat keje luar...diaorg pun mcm riso...yelah..dan diaorg bgt pandangan suh aku guna keta yang selesa....ikutla yg 2nd hand tau yg baru..janji selesa...
bukan kancil aku tu xok..cuma dah banya goyang2...bila masuk lubang je....ha...goyang sana sini la...ahhah..tp aku suka bawa kancil cuma penat sketla...kan....
so skang aku tgh pening la..nak ke tak nak...abah kata baik amik yg baru sb keta ni leh tahan 5-6 tahun je...pastu kt leh jual....interest rate pun turun skang tp aku xsure turun byk mana....
kalau 2nd hand..takut byk kena baki sana sini lak...
hubby pun xda nak discuss...caman ni..
oWAA.....CUTI LAGI
ops...kelantan je tau....iaitu cuti sempena hari keputeraan sultan kelantan on 30,31 mac....(isnin ns elasa)
pastu ahadnya pulak..skolah amik cuti...fuh...cuti panjang!!!
tapi...xbestnya sebab my dear hubby will not be beside...isk2..sebabnya dia kena bertugas!!!....selamat jalan dan teruskan jihadmu!!!
syukur sangat dapat cuti....sebab utamanya DAPAT RELEASE TENSION!!
TENSION lagi???....
yela..mana taknya....lps seminggu cuti sekolah tempohari,aku dah mmg bersemangat nak mengajar..kiranya semangatku dah pulih...
TAPI...alih2....hari isni..jam 10.30 pagi....masa tu seronok dok ajar biologi.....datangla cikgu aiza memberitahu bahawa kitaorg terpaksa jadi pengadil olahraga peringkat daerah gua musang dan dikehendaki ke tmpat (sk limau kasturi)...on da spot!!!
macam org gila la jawabnya..dah la aku dari pg kelas penuh...makan xsempat...
kitaorg pun lps tkr baju pegila.....(sampai dlm kol 11.30)..aku tumpang keta k aiza....tup2 sampai je parking kat skolah tu..k aiza menerima panggilan bahawa dia terpaksa menghadiri miting kol 3.oo ptg nanti....la.....aku nak balik ngan apa.....xape..kami terus ke padang...jd penjaga masa larian..
dok 10 minit...permainan tamat....dan akan start balik kol 2.30)....ceh....!!kalau datang petang pun xpe lg
dijadikan cerita...aku terpaksa balik ke skol balik sb nak amik keta....bongok!!!....keje buang masa je semua!!...
main panggil2 mcm tu je...xda surat xda apa!!....rosak mood aku....
Wednesday, March 18, 2009
school holiday!!!
cuti skolah ni...apa yg ku buat ek...erm..plg memberi kesan ialah g shopping....ngan syazni..mcm org gila shopping...huhuhu.almakumlah,kitaorg br dapat gaji...ala...bukannya selalu shopping sakan kan...
then buat pe lg ek?....just dok rumah,jd suri rumah sepenuh amsa...pastu jg anak2 kucing ni ha...pelikla kucing2 kat rumah aku ni....mcm xde suara...wat deq je ngan kita....yg sekor lg pulak..kesian dia....dia ni anak ucing mahal kot..ntah kat ne adik aku kutip...mmg bulu lebatla...tapi 1 hal...kotor la sgt...najis melekat kat bhgn punggung dia n kat bulu2 lebat dia...so dia x dibenarkan naik ke atas rumah...so dia dok kat luar la...kesian dia...aku suka main ngan dia sb dia mmg cute...namanya KETOK.....sebab dia mcm kecik lg kan...
okla xda pe nak tulis.....
Thursday, March 12, 2009
pelajar maahad muhammadi (P) cemerlang SPM 2008
| KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. |

