Sunday, December 28, 2008

selamat tahun baru...maal Hijrah

lama x tulis dalam blog ni...tapi selalu je buka...hm..skolah dah nak buka tapi tetiba rasa eager nak ke sekolah menurun...kenapa la ye...macamana nak kekalkan semangat

bila baca blog kawan2...alhamdulillah rasa gembira jgk...byk idea yg boleh dibuat utk isis hidup ni ye...oh lupa tajuk kali ini adalah tahun baru

esok..isnin, 29 Disember kita akan menyambut Maal Hijrah...wah..dah tahun baru rupa2nya...sbnrnya kalau tahun hijrah ni xrasa sgt nak masuk tahun baru Islam...tapi kalau 31 Disember tu ingatla pulak..ish3...

Tahun baru, semestinya kita mesti flashback apa yg kita dah capai utk thn lepas...dan plan azam baru utk tahun baru ni...erm..jom kita kongsi apa plan kita utk tahun dpn yer....

kalau saya :

1-bila dah start keje ni..mcmn nak plan duit gaji??
2- cari takaful mana nak sertai (ada idea x?)
3- nak jahit baju kurung sendiri,umi dan syazni...(huhuhu)
4- jd cikgu yg tegas!!...
4- nak jadi org yg lebih sabar...dan xcepat melenting...bertenang dulu..pikir baru cakap.
5- positifkan semua benda


apa lg nak buat ek...xda idea la....biasanya saya ni jenis management by "terlintas"...eheheh

ok cau..

Thursday, December 18, 2008

cikgu..o cikgu..cuti dah nak habis!!!

sedar xsedar cuti dah nak habis...uwa.....rasa takutla pulak cmn la warga SMK Chiku 2 tu..huhuhu...30hb 12 ni mesyuarat..hu..cmn ek mesyuarat guru ni...mesti formal kan...apa la tugas yg den kena buat nanti..n subjek pe kena ajar

mmg sblm cuti cikgu panitia ada bgtau kena ajar kimia n sains..mana lah tau berubah kan...uwa..hajatnya cuti ni nak buat lesson planning..,nak cari short stories utk budak2..yelah nak tarik minat mereka utk suka kat kita...sblm kita ajar paper...mmg kena suruh dia suka kat kita...baru diaorg masuk kelas..bukannya apa..kelas yg den ajar nanti adalah pelajar kelas sains yg mendapat C an D masa PMR dlm sc and mate....ha...cuba pikir...

masa den g kursus aritu...ada sorang akak ni ckp..budak2 yg kita ajar tu...semuanya yg nak lari dr skolah..so kena pandai tackle la..pandai ke aku..dahla aku ni jenis skema


huhu...cuti ni sibuk blajar menjahit..mana satu ni izzati ooooi.....ye..den nak blajar sampai baju kurung 2 pasang..then nak blah dah..blajar bj kurung jela....huhuhu

Ya Allah....please help me....

Wednesday, December 3, 2008

Eidul Adha



Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.


Firman Allah swt yang bermaksud:
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah."
Al-Kautsar:


2. Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.


Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:


"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya."


Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:


"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

http://www.korbanaqiqah.com.my/v2/